Kiriman pada: Wed, Aug 26th, 2015

Tiada Masalah Tukar RM Di Makkah Dan Madinah

Kongsi maklumat ini
Tags

kdylKuala Lumpur – Orang ramai khususnya jemaah haji diminta tidak terpengaruh dengan maklumat palsu yang disebarkan di media sosial kononnya Ringgit Malaysia (RM) tidak diterima pengurup wang di Makkah dan Madinah.

Sebaliknya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tiada sebarang masalah berkaitan tukaran RM di Makkah dan Madinah.

“Ini merupakan fitnah besar. Maklumat daripada Pengarah Operasi Haji telah menafikannya dan menjelaskan tiada masalah berkaitan pertukaran RM di pengurup wang di Makkah dan Madinah,” katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.

Pada masa sama, Tabung Haji sejak dahulu lagi sudah menasihatkan jemaah haji agar tidak membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak kerana ia menyediakan kemudahan pengeluaran wang tunai dalam mata wang Riyal di Makkah dan Madinah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.