Kiriman pada: Sat, Feb 11th, 2017

Tiada Menteri Letak Jawatan.

Kongsi maklumat ini
Tags

Tak ada ribut tak ada taupan tetiba Azmin Ali kata ada menteri letak jawatan?, tapi seberan media ini hanya boleh baca nak percaya selidik terlebih dahulu kebenarannya, mungkin Azmin mengikut langkah Rafizi hanya mahu bergurau, atau mungkin mahu mengalihkan pandangan.

Mungkin… Azmin mahu mengalihkan isu yang sedang hangat masa kini yang melibatkan Mahathir, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim dan beberapa lagi pemimpin kanan dalam pakatan pembangkang yang mana jika tidak di kalihkan iaya bakal mengugat keyakinan para penyokong mereka.

Isu pertelingkahan Mahathir – Lim kit Siang yang diasak dengan kes berbangkit BMF dan Forex yang menjadikan Lim hilang kawalan dan berang yang tidak dapat disembunyikan hingga kelar diwajah dan tindakknnya dihadapan wartawan.

Isu Zaid yang di suruh diam oleh pemimpin kanan DAP, sedangkan Zaib bukanlah pemimpin yang baru dalam politik walaupn baru menyertai parti DAP, mungkin akan tersinggung dengan teguran-teguran yang dilihat seperti mahu mengajar Zaid.

Atau mungkin juga Azmin mahu mengalihkan isu ‘surat terbuka’ dari bekas ketua cabang parti itu yang dikenali dengan nama ‘Cikgu Bad’ atau Badrul Hisham Shaharin, yang menulis isu rasuah seks yang berlaku di pejabat Menteri Besar Selangor.

Surat yang ditujukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), turut membidas Setiausaha Agung parti Keadilan Rafizi yang dikatakan berdiam diri dengan tindakan salah laku pemimpin PKR yang dilihat sebagai tindakkan berkasta bila melibatkan rakan se parti.

Setelah diselidik siapakah menteri yang dikatakan akan meletakkan jawatan itu maka fahamilah kita ianya dikaitkan dengan Dato’ Seri Ismail Sabri yang sejak kebelangan ini menjadi punching bag kepada serangan media pembangkang terutama pemain media sosial mereka.

Sebaran didalam aplikasi whatapp dan twitter juga menjadi punca sebaran berita palsu ini tersebar luas dengan begitu cepat, walau bagaimanapun pihak pejabat Perdana Menteri dengan pantas telah menafikan berita tersebut, malah yang punya diri juga turut menafikan prihal berita perletakkan jawatan tersebut.

Jadi harus berhati-hati bila menerima berita di media sosial, siasat dan pastikan ianya sahih, sebelum mahu mempercayainya, seperti yang pernah di utarakan oleh beberapa pemimpin dunia bahawa cabaran pemimpin hari ini terlalu hebat dengan kehadiran berita di media sosial, sila pastikan kebenarannya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.