Kiriman pada: Mon, Dec 14th, 2015

Tiada tanah runtuh di Terowong Menora

Kongsi maklumat ini
Tags

14runtuh1.transformedKUALA LUMPUR: Tiada sebarang kejadian tanah runtuh berlaku di Lebuh Raya PLUS berhampiran Terowong Menora di Ipoh seperti yang tersebar melalui media sosial sejak semalam. PLUS Malaysia Berhad (PMB) mengesahkan perkara itu melalui laman Twitternya, Plusline1800880000, tengah malam tadi. “Viral tanah runtuh di Lebuhraya PLUS tersebar melalui media sosial adalah palsu. Sila abaikan,” katanya. Mesej yang viral melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook mengenai kejadian tanah runtuh berserta beberapa gambar berlaku di lebuh raya itu dikesan mula tersebar semalam. Ia sekali gus mengundang tanda tanya dan keresahan dalam kalangan orang ramai terutama pengguna lebuh raya berkenaan. Difahamkan, gambar yang tersebar itu sebenarnya adalah kejadian tanah runtuh yang berlaku di Lebuh Raya Karak, baru-baru ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.