Kiriman pada: Fri, Aug 7th, 2015

Tiada tindakan lanjut terhadap pegawai SPRM diambil keterangan

Kongsi maklumat ini
Tags

AHMAD ZAHID HAMIDI / ABUL HASSAN MAHMOOD ALIPUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tidak ada sebarang tindakan lanjut yang akan diambil terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diambil keterangan berhubung kebocoran kertas draf pertuduhan ke atas SRC International. Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan yang diambil pihak polis ketika ini hanyalah mengambil keterangan dan jika ada penahanan dilakukan, ia hanya membabitkan prosedur siasatan polis. Beliau berkata, siasatan mengenai perkara itu bukan hanya tertumpu kepada SPRM saja tetapi mungkin juga membabitkan agensi lain.

“Kita tidak mahu sebarang hasil penyiasatan (dibocorkan) sebelum ada kesimpulan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.