Kiriman pada: Thu, Jul 23rd, 2015

Tian Chua, Hishamuddin Rais antara aktivis dilarang ke luar negara

Kongsi maklumat ini
Tags

Tian_Chua_ipd_Dang_WangiKUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia menghalang seorang lagi pemimpin pembangkang dan tiga aktivis daripada meninggalkan Malaysia.

Mereka adalah ahli parlimen Batu, Tian Chua, aktivis Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim, lapor The Malaysian Insider.

Semalam, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tidak dibenarkan keluar dari negara ini.

Sebelum ini, Tony Pua yang dihalang pihak Imigresen daripada meninggalkan negara di KLIA2, berkata tindakan itu sebagai salah guna kuasa.

Beliau yang pada awalnya merancang untuk ke Yogyakarta, Indonesia atas urusan kerja telah dihalang untuk menaiki pesawat yang dijadual berangkat pada kira-kira jam 3.15 petang.

Pua berkata halangan tersebut mungkin berpunca daripada kritikannya terhadap 1MDB, namun beliau menuntut jawapan mengenai alasan sebenar halangan itu dan pihak yang bertanggungjawab memberi arahan berkenaan.

Manakala Rafizi pula menerima maklumat itu daripada laman semakan Jabatan Imigresen.

“Saya baru sahaja dimaklumkan tentang halangan meninggalkan negara yang dikenakan Tony Pua atas penglibatannya mendedahkan skandal 1MDB.

“Susulan itu, saya telah menyemak status saya di laman web Jabatan Imigresen Malaysia dan mendapati status senarai hitam saya adalah sama seperti status Saudara Tony Pua,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.