Kiriman pada: Thu, Mar 26th, 2015

Tiba Esok Pendirian Berubah

Kongsi maklumat ini
Tags

2waysHari ini dia sibuk mengatakan, “Ini best”, esok pulak “Yang ini pulak best”. Lusa, sudah monyok di kedai kopi. Hari ini berkobar-kobar mengatakan pendirian nak buat ini yang terbaik, tetapi bila tiba esok pendirian berubah nak buat itu pulak bersungguh-sungguh. Lusa nak mulakan dengan benda lain lagi. Janganlah hari ini semangat berapi-api esok-esok dah macam orang kalah judi.

Jika anda tidak berdiri di lantai yang tetap anda boleh jatuh tersungkur di lantai, masa itu anda dapat rasakan kesakitannya. Begitu juga jika anda tidak mempunyai pendirian yang tetap, anda tidak akan sampai kemana-mana, bak kata pepatah, Orang dah ke bulan anda masih lagi menongkat dagu. Sudahlah anda tidak berjaya tetapi nama anda pula menjadi busuk. Memang benar, orang yang tidak mempunyai pendirian adalah orang yang sedang mencipta nama yang busuk.

Pendirian berkaitan dengan kepercayaan, keyakinan. Kerana jika tiada rasa percaya dalam diri maka dengan segera dia akan mengubah setiap keputusan yang dibuat dan matlamat yang asal juga akan tersasar dari jalannya. Orang yang tiada pendirian ini kebanyakannya adalah orang yang lekas berputus asa, orang yang suka meniru orang lain tidak kira dari segi fizikal atau mental dan mereka yang tidak berpendirian ini juga adalah orang yang kurang ilmunya. Kenapa dikatakan kurang ilmunya? Kerana tidak tahu (tiada ilmu) pastinya tidak ada kepercayaan. Bila tidak percaya maka tidak adalah pendiriannya. Yelah bagaimana nak ada pendirian sedangkan diri tidak percaya dengan apa yang sedang dilakukannya.

Cara-cara untuk menguatkan pendirian anda :

1. Siapkan apa yang anda lakukan jangan melakukan separuh jalan. Hanya dengan menyiapkannya kita dapat tahu samada kerja itu berjaya atau gagal.

2. Bila melakukan sesuatu pekerjaan dengan sepenuh hati bila melakukan dengan separuh hati maka kerja pun akan jadi sekerat jalan.

3. Matlamat mestilah tepat dan jelas. Jika kita tahu apa yang dicari barulah mula mencarinya. Mencari sesuatu yang tidak pasti akan menjadikan diri tidak tetap pendirian.

4. Jangan cepat berputus asa, jika apa yang dilakukan tidak menjadi,tukar cara, tukar lagi,tukar lagi sehingga menjadi.

5. Tidak ada kegagalan yang selamanya dan anggaplah kegagalan sekali itu adalah berbentuk sementara. Orang yang berjaya didunia ini juga mengalami berbagai jenis kegagalan sebelum berjaya.

6. Anggap kegagalan sebagai pendorong anda untuk memperbetulkan arah dan tujuan anda.

7. Cuba mengelakkan dari bergaul dengan manusia yang tidak ada pendirian. Jika mereka suka berhimpun di kedai kopi, maka anda jangan terlalu asyik di kedai kopi membuang masa. Carilah mereka yang mengejar kejayaan, disitulah anda akan belajar banyak perkara yang positif.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.