Kiriman pada: Sun, Feb 5th, 2017

Tidak Ada Yang Tertindas Jika Melayu Dan Islam Tadbir

Kongsi maklumat ini
Tags

Muar – Tidak akan ada mana-mana pihak yang akan terancam atau tertindas sekiranya sesebuah kerajaan itu ditadbir oleh orang Melayu dan Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berkata kedudukan orang bukan Islam akan tetap terpelihara kerana jaminan itu adalah berlandaskan kepada syariat dan ajaran Islam sendiri.

“Saya ingin memberi penekanan dalam sejarah dan situasi di dunia hari ini apabila sesebuah kerajaan itu berlandaskan syariat Islam, orang bukan Islam akan dapat hidup dengan bebas.

Namun apabila orang Islam menjadi minoriti, mereka kebiasaannya akan ditindas seperti yang berlaku di Myanmar ketika ini. “Ia juga menjadi peringatan kepada kita di Malaysia ini.

Bersatu orang Melayu dan Islam ini akan dapat mengekalkan tampuk kuasa supaya agama, kedudukan raja-raja serta orang Melayu dapat dipertahankan, pada masa sama orang lain juga dapat hidup dengan bebas.

“Bukan setakat dapat hidup dengan bebas, tetapi mereka juga dapat mengamalkan ajaran agama, cara hidup masing-masing serta pada masa sama juga akan dapat mengumpul kekayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Sandang Kebesaran Ikatan Ukhwah Silat Wadah dan Penyatuan Penyatuan Ummah 2017 di Hotel Pelangi di sini, malam tadi, turut hadir, Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Abdullah, Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Pada majlis itu, Razali turut menerima Anugerah Sandang Timbalan Imam Khalifah Negeri Johor, manakala Abdul Hadi menerima Anugerah Sandang Kehormat PSSGM Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, semua itu akan dapat dikekalkan dengan mewujudkan kesatuan, kerjasama dan perpaduan tertinggi dalam kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.