Kiriman pada: Sat, Jul 18th, 2015

Tidak Akan Lari Kampong Halaman Jika Lewat Tiba

Kongsi maklumat ini
Tags

myhighwaySetiap kali menjelang musim perayaan dalam media pasti ada laporan mengenai kemalangan jalan raya dan menyedihkan ada yang melibatkan kematian, Kadar kemalangan juga meningkat mendadak terutama ketia jutaan rakyat meninggalkan ibu kota untuk menuju ke kampong halaman.

Perayaan yang sepatutnya di sambut denga penuh kesyukuran dan kegembiraan sebaliknya bertukar dengan kesedihan apabila ada yang tersayang dan yang di nanti-nantikan kepulangannya tidak akan pulang berhari raya buat selama lamanya.

Dalam tempoh 5 hari sejak “OP Selamat 7” dilancarkan pada 10 Julai lepas kes kemalangan maut di dapati meningkat secara mendadak sahingga 34.9%. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sahingga 15 Julai jumlah kemalangan maut di catatkan adalah 116 kes berbanding 86 kes pada 2014, Ia itu peningkatan kepada 30 kes.

Jumlah kemalangan pula meningkat kepada 121 kes ia itu 7274 kes berbanding 7153 pada 2014, Purata kes kemalangan seharianya pula ialah 23 kes berbanding 18 kes pada kebiasaan, Peningkatan ini jelas membimbangkan walaupun pelbagai kempen diadakan setiap tahun.

Nasihat dan panduan sentiasa diberikan agar berhati hati semasa memandu biar lambat asal selamat malah demi memastikan kelancaran orang ramai pulang ke kampong cuti anggota keselamatan saperti polis di bekukan begitu juga dengan anggota bomba dan penyelamat serta pelbagai agensi berkaitan.

Mereka mengorbankan masa yang sepatutnya di habiskan dengan keluarga demi memastikan keselesaan dan keselamatan penguna jalan raya pulang kekampong, Namun kemalangan terus meningkat sedangkan jalan raya dan lebuhraya di selenggara dengan baik, Kenderaan pula sudah semestinya dalam keadaan yang sempurna.

Malah orang ramai turut di nasihat merancang perjalanan masing-masing siap dengan persediaan fizikal dan mental, Ini bagi memastikan pemanduan di lakukan dengan berhemah dan penuh kesabaran. Ini kerana kita sedia maklum ada perjalanan pulang ke kampong mengambil masa yang berjam-jam lamanya berikutan kesesakan jalanraya yang teruk.

Namun semua ini tiada gunanya jika penguna jalan raya tidak mematuhi undang-undang, Selain itu tidak memiliki sikap pemaduan berhemah dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja antara punca kemalangan jalan raya.

Tidak peduli dengan pemandu lain, tidak sabar, memandu dalam keadaan tergesa gesa, memandu melebihi had laju yang di benarkan, menguna talefon bimbit ketika memandu dan bermacam lagi ragam pemandu. Semua ini hanya kerana hendak cepat sampai ke kampong halaman.

Seolah-olah hanya dia sahaja yang ada destinasi tempat yang hendak di tuju dan apabila berlaku kemalangan siapa yang susah, Ia hanya akan menambah kesensaraan penguna jalan raya yang lain yang sudah sedia terperangkap didalam kesesakan, Sehubungan dengan itu penguna jalan raya jangan hanya memikirkan diri sendiri, bertolak ansur, bertimbang rasa dan hormati pemandu yang lain.

Tidak akan lari kampong halaman jika lewat tiba, Hari Raya hari untuk bergembira bukannya untuk berduka, Sayangi diri anda dan keluarga.

Selamat Hari Raya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.