Kiriman pada: Wed, Aug 12th, 2015

Tidak Akan Nampak Jika Hanya Memandang Tanpa Melihat

Kongsi maklumat ini
Tags

zcdgnFitrah manusia yang sukakan kecantikan, keindahan, kebersihan, dan kebaikan. Melihat bilik yang berhabuk, kita akan cari penyapu untuk menyapu. Melihat mangkuk tandas dan sinki yang kuning berkarat, lalu terbongkok2lah kita menyental hingga putih berkilat. Melihat tong sampah yang penuh dan busuk, terus kita ikat dan bawa pergi buang di tempat sampah.Terpijak lantai yang basah dek air paip yang bocor, bergilir-gilir kita menge’mop’nya setiap hari. Dan kita lihat sekeliling kita lagi. Tentu kita sukakan yang indah2 bukan?

Itulah yang dinamakan FITRAH. Fitrah manusia yang sukakan kecantikan, keindahan, kebersihan, dan kebaikan. Bukan saja pada rupa. Juga pada hati. Sebab itulah hati takkan tenang kalau ada terbuat silap. Harus mahu lekas mencari tuan punya badan dan minta maaf. Ganti apa yang harus diganti. Kalau kita curi2 tulang atau curi2 masa, akan buat dada kita tak dapat bernafas dengan tenang, andai diri masih dilandasan FITRAH yang benar. Tapi semua semua ni kita takkan nampak kalau kita hanya memandang tanpa melihat.

Buka mata. Tengok kanan, tengok kiri depan dan blakang. Lihat sekeliling kita…seluas-luas yang boleh. ALLAH SWT datangkan seorang kawan yang sangat baik untuk kita contohi akhlaknya, insafi diri yang sangat keras hati ini. ALLAH SWT datangkan pula seorang yang¬†sangat annoying supaya nak latih kita bersabar. Ye. Sabar..kita terima dia seadanya, kerana dia adalah ‘anugerah’ dari ALLAH SWT untuk kita ambil pengajaran dari sikapnya. Kemudian ALLAH SWT jadikan kita seorang yang bahagia yang cukup semua seadanya, walaupun seringkali kita merasakan kurang dari orang lain (manusia tidak pernah merasa cukup). Dia mahu lihat mana sifat bersyukur hambaNYA. Cukup segala keperluan fizikal, kasih sayang dan kesihatan. Saat nikmat ditarik balik, apakah kita redha dengan ujian, dan menjadi semakin kuat atau kita menjadi kufur dengan menyalahkan takdir atau pun terus-terusan menghukum diri yang bernasib malang..

Orang Islam harus kuat! ALLAH SWT tunjukkan pula orang-orang di sekeliling yang sedang kesakitan agar kita ambil iktibar, memanfaatkan masa sihat kita dengan penuh rasa bersyukur. Dan mencontohi ketabahan mereka menghadapi dugaan itu. ALLAH SWT beri kita nikmat akal yang pintar dan tangkas berfikir, dapat mengingat dengan baik dan pandai berkata-kata. Namun berapa kerapkah kita memuji-mujiNYA di atas nikmat yg dipinjamkanNYA itu? Berapa kerapkah kita menyedari bahawa semua itu bukan milik kita? Tenguklah sekeliling kita dengan mata hati baru kita akan bersyukur…

Muhasabah diri kita, baru kita nampak sesuatu yang baik. Sucikan dan bersihkan diri jiwa dengan perbanyakkan istighfar.

In shaa ALLAH

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.