Kiriman pada: Mon, Dec 28th, 2015

Tidak Faham Erti Buat Dua Kerja Adalah Orang Bodoh?

Kongsi maklumat ini
Tags

Apa masalahnya dengan dua kerja? Sebenarnya orang yang sedang buat kerja dan berjaya tidak pula merungut. Malah mereka bersyukur dan senang dengan hidup yang dinikmati sekarang ini.

Mereka yang ‘berkokok’ lebih itu barangkali belum merasa hasil dua kerja itu. Ibarat tin kosong, hanya tahu meroyan dimedia sosial betapa susahnya membuat dua kerja.

Untuk pengetahuan, posting untuk menjadi viral di Facebook tidak mendatangkan pulangan wang ringgit pun. Boleh diklasifikasi orang yang berbuat demikian sebagai orang yang tidak ada kerja.

Apakah yang mereka fikirkan sebenarnya dengan membuat dua kerja itu? Barangkali mengangkat batu bata yang berat di tengah terik mentari atau hulu ke hilir mencari barangan lusuh untuk dijual.

Sebenarnya anda tidak terlalu terdesak untuk membuat kerja sedemikian. Cuba jangan menjadikan diri terlalu bodoh. Berfikirlah diluar kotak apakah yang dimaksudkan dengan membuat dua kerja itu. Jangan terlalu mudah untuk tidak berpuas hati dengan saranan yang diberi ibarat diri terseksa oleh kekejaman kerajaan.

Banyak sahaja yang berjaya dengan membuat dua kerja. Mereka juga ‘terseksa’ pada mulanya membuat dua kerja itu. Ada yang menjual burger, nasik lemak dan lebih mudah menjual barangan dalam talian. Apabila sudah berjaya tidak akan ada rungutan malah semakin bersemangat untuk mengembangkan perniagaan.

Sudah pasti walaupun sedikit pekerjaan sampingan dibuat pasti ada hasilnya walau sedikit. Janganlah diharap untuk yang besar untuk kerja yang tidak setimpal.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.