Kiriman pada: Tue, Aug 11th, 2015

Tidak Perlunya Tambatan Ringgit.

Kongsi maklumat ini
Tags

usd-myrKuala Lumpur – Penurunan nilai ringgit kepada 3.9 berbanding dolar, membuatkan ramai yang bimbang terutama peniaga. Ada yang tertanya-tanya adakah Malaysia sedang menuju ke arah krisis matawang seperti yang berlaku pada tahun 1997.

Pada tahun berkenaan, kejatuhan matawang ringgit berpunca daripada spekulasi matawang oleh spekulator asing. Ringgit jatuh teruk lebih daripada 50-peratus dalam tempoh hanya beberapa bulan.

Ini memaksa kerajaan melaksanakan tambatan ringgit pada kadar 3.80 sen berbanding dollar sebagai langkah mengawal tukaran asing berpilih bagi mengelakkan ekonomi negara terus melesat.

Langkah itu bagaimanapun di hentikan pada 21 Julai 2005, Nampaknya pada tahun 2015 menyaksikan sekalilagi matawang jatuh pada paras terendah, Maka terdapatlah saranan pihak tertentu supaya ringgit di tambat untuk menangani penyusutan nilai.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanazlah menegaskan bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan tambatan ringgit berbanding dollar bagi menangani penyusutannya, Malah kerajaan menjangka ringgit akan stabil berdasarkan hakikat asas ekonomi Malaysia yang kekal kukuh.

Pandangan yang sama turut diberikan oleh Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Sains Dan Teknologi Malaysia Dr Yeh Kim Leng. Situasi sekarang berbesa daripada krisi kewangan Asean pada 1997, Tambatan hanya akan memberi lebih banyak tanggapan nagetif disebabkan perubahan dalam ekonomi global.

Buat masa ini apa yang lebih peting bukan sahaja tentang keadaan yang tidak sesuai tambatan tetapi yang lebih penting asas kewangan Malaysia terus menyokong nilai ringgit.

Ekonomi negara memiliki flaksibiliti serta penampan yang mencukupi untuk berdepan dengan turun naik ringgit malah kemudah ruapan dan penurunan nilai ringgit adalah disebabkan oleh faktor-faktor jangka pendek kitaran dan bukannya perubahan dalam struktur ekonomi.

Menambat ringgit bermakna kita akan kehilangan keuntungan yang kita raih selama ini menerusi libralisasi. Langkah drastik itu juga akan memberi kesan kepada masa depan Malaysia disebabkan kedudukan negara sebagai hub kewangan Islam dan satu daripada pengeksport terbesar komoditi.

Turun naik mata wang berbanding dollar ini bukan sahaja memberi kesan pada ringgit tetapi juga kepada semua mata wang di dunia yang lain. Mungkin ringgit menerima kesan yang lebih teruk, Bagaimanapun perubahan berlaku dengan pantas dan kita tidak dapat menjanggakan trend yang kekal dalam ringgit berbanding dollar untuk jangka panjang.

Apatah lagi negara telah berlajar dari krisis ekonomi 1997 dan lebih bersedia. Kerjasama antara negara-negara di rantau Asean juga dapat mengimbangi tindakan yang perlu di ambil secara bersama.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.