Kiriman pada: Thu, Mar 12th, 2015

Tidak sedikit pun berkecil hati dengan apa yang berlaku – Hafiz Suip

Kongsi maklumat ini
Tags

Hafiz-Suip-Nafi-Gaduh-Punca-Akim-Tidak-Hadir-Majlis-Bertunang-ROTIKAYA-700x449Mengakui terkejut dengan khabar angin yang mendakwa Akim Ahmad dan dirinya bergaduh, Hafiz Suip menafikan perkara tersebut dan sangat memahami dan mengetahui sebab mengapa rakannya itu tidak dapat hadir pada majlis pertunangan yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Hafiz, Akim ada menghubunginya dan memberitahu bahawa dia terlepas penerbangan untuk ke Kuching bagi menghadiri majlis pertunangannya itu.

“Pada awalnya memang Aril, Hazama dan Akim berjanji untuk datang tetapi Akim ada rakaman pada malam sebelum itu dan habis pula lewat sehingga dia tertinggal kapal terbang keesokan hari. Pagi itu, dia menghubungi saya untuk menjelaskan bahawa dia tidak dapat bangun awal”

“Dia ada minta maaf kerana tak dapat hadir. Saya terkejut juga apabila ramai peminat yang sangka kami bergaduh. Bila masa pula kami bergaduh, hubungan kami baik-baik sahaja lagi pun dia boleh datang masa perkahwinan nanti,” ujarnya.

Tambah Hafiz, dia tidak sedikit pun berkecil hati dengan apa yang berlaku malah memahami Akim mempunyai tanggungjawab terhadap kerjanya yang perlu diberikan keutamaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.