Kiriman pada: Wed, Jul 29th, 2015

Tidak Terperanjat Dengan Keputusan PM

Kongsi maklumat ini
Tags

dshsrKUCHING – Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing hari ini berkata beliau tidak terperanjat dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

“Anda tidak boleh mengkritik bos anda secara terbuka (mengenai masalah 1Malaysia Development Berhad) dan mengharapkan kedudukan anda dikekalkan.

“Najib melakukan apa yang biasanya dilakukan oleh perdana menteri lain.

Sudah tentu beliau inginkan satu pasukan yang beliau boleh bekerjasama dengannya,” kata Masing apabila dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rombakan Kabinet hari ini yang menyaksikan Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggantikan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Zahid juga kekal menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Masing, yang juga Menteri Kemajuan Tanah Sarawak dan Adun Balleh, mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana memasukkan Masir Kujat, seorang anggota dewan tertinggi PRS, ke dalam pasukan baharunya.

Najib hari ini melantik Masir, 61, yang menyandang kerusi Parlimen Sri Aman bagi penggal kedua, sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Beliau menggantikan Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Santubong, yang dinaikkan pangkat sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.