Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN DI GEORGE TOWN

Kongsi maklumat ini
Tags

sfhkGeorge Town – Tiga maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dan Perodua Myvi di Jalan Tetembok Masjid Negeri.

Mereka yang maut dalam kemalangan pukul 3.15 pagi itu ialah pemandu kereta Perodua Myvi Muhammad Syaril Azzim Mohd Sabuki, 25, dan penumpang hadapan kereta itu, Nurfaizneey Kamaruzzaman, 25, serta pemandu Mitshubishi Triton Tai Lai Keat, 38.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kenderaan pacuan empat roda dari Jalan Masjid Negeri menghala ke Jambatan Pulau Pinang itu dilapor hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Kenderaan itu merempuh kereta Perodua Myvi dan rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu dan dua lagi penumpang tersepit dan kedua-dua kenderaan remuk teruk,” katanya.

Beliau berkata Muhammad Syaril Azzim, yang merupakan anak anggota polis, dan rakan wanitanya mati di tempat kejadian manakala Tai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Seorang lagi penumpang Perodua Myvi Mohamad Ezzudin Abdul Wahab, 21, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor kritikal, katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.