Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

TIGA PELAJAR TERKANDAS ATAS GUNUNG BERJAYA DISELAMAT

Kongsi maklumat ini
Tags

gjnBau – Tindakan pantas pasukan mencari dan penyelamat telah berjaya menyelamatkan tiga pelajar Politeknik yang terkandas di Gunung Brik dekat Kampung Tringgus di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bau berkata tiga pelajar terbabit terkandas di atas gunung tersebut sementara seramai 57 orang berjaya turun dan sampai di kaki gunung di Kampung Tringgus.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat yang dianggota oleh lima anggota bomba, dua pendaki, lima anggota JPAM serta beberapa penduduk kampung berjaya menemui ketiga-tiga pelajar terbabit pada pukul 12.30 tengah malam.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian seorang daripada mangsa lelaki berusia 19 tahun dikenali sebagai Athanasius Petrus berketurunan Iban dalam keadaan lemah dan ditemani dua rakannya,” kata beliau.

Katanya, operasi membawa keluar mangsa bermula pukul 12.50 pagi dan tiba di Kampung Tringgus pukul 4.30 pagi dan diserahkan kepada pihak hospital.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.