Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH BERSARA SELEPAS 38 TAHUN BERKHIDMAT DALAM PDRM

Kongsi maklumat ini
Tags

jdlAlor Setar – Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof hari ini bersara selepas 38 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Acara menandatangani surat serah dan terima jawatan turut diadakan antara Zakaria dan Datuk Abd Jalil Hassan yang akan menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Kedah yang baharu berkuat kuasa esok.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu turut disaksikan oleh Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya.

Zakaria yang menyertai PDRM pada 1977 telah berkhidmat dan menyandang pelbagai jawatan sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Perak pada 2009 dan telah memulakan tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah pada tahun 2014.

Bercakap semasa perbarisan sempena majlis persaraannya, Zakaria berkata hampir dua tahun beliau berkhidmat di Kedah banyak pencapaian dan kejayaan cemerlang talah dicapai oleh polis Kedah dalam membanteras jenayah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.