Kiriman pada: Sun, Jan 22nd, 2017

Timbalan Perdana Menteri – Pembangkang Tiada Pemimpin Pelapis

Kongsi maklumat ini
Tags

Benar bagai di duga, pembangkang sememangnya mengidamkan jawatan dan bukan perkhidmatan yang di utamakan, setelah dinafikan oleh Mahathir tetapi perkara telah didedahkan oleh pemimpin kelompok pembangkang sendiri yang menyatakan bahawa mereka bersedia untuk menerima Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin DAP.

Mungkin juga kerana besarnya pengaruh DAP didalam kelompok pembangkang menjadi penyebab pemimpin yang lain dalam parti pembangkang terpaksa bersetuju kerana mereka cukup takut untuk membantah cakap-cakap pemimpin dari parti DAP kerana mereka kesemuanya berada di aras telunjuk parti DAP.

Terbukti bahawa DAP memang kepingin akan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu walaupun berpura menafikannya setelah Mahathir tersilap memaklumkan kepada umum dan menghalakan tuduhan itu kepada parti MCA komponen didalam Barisan Nasional, parti yang mewakili kaum Cina di Malaysia.

Perkara terbaru ialah penafian dari pemimpin PKR yang menyebut bahawa mereka tidak pernah mendengar akan permintaan tersebut tetapi bersedia untuk menerima jika ada permintaan sedemikian dari DAP.

Mereka seharusnya bertanya kepada Mahathir sendiri akan kebenaran isu tersebut, kerana Mahathir yang membuat kenyataan, dan kenyataan Mahathir dewasa ini sudah seperti diberi skrip dan Mahathir hanya perlu membacanya sahaja karangan tersebut.

Jika benar mereka mahu menunjukkan bahawa mereka adalah kelompok parti yang berbilang bangsa, mengapa mereka tidak melantik setiap etenik mewakili setiap kaum dinegara ini sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebagai membuktikan bahawa parti pembangkang benar-benar mengamalkan sikap keterbukaan didalam memilih pemimpin.

Perkara yang perlu di lihat didalam amalan kalangan parti pembangkang sahingga kini ialah mereka masih gagal untuk memilih pemimpin, malah masih terus bertuhankan pemimpin yang sudah dimamah usia seperti tiada pengganti walaupun mendakwa mereka mempunyai ramai pemimpin pelapis.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.