Kiriman pada: Wed, Jan 11th, 2017

Timbalan Perdana Menteri Tiba Di Beijing

Kongsi maklumat ini
Tags

Beijing – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di China World Hotel di Beijing petang ini bagi memulakan lawatan kerja enam hari ke China atas jemputan Menteri Keselamatan Awam republik itu, Guo Shengkun.

Sebelum itu, pesawat yang membawa Ahmad Zahid mendarat di lapangan terbang antarabangsa di sini pada 4.30 petang, dan sebaik tiba, beliau disambut Duta Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya.

Semasa tempoh lawatan itu, Ahmad Zahid dijadual melawat Beijing dan Kunming, diiringi isterinya Datin Seri Hamidah Khamis dan para pegawai kanan kerajaan kementerian berkaitan.

Timbalan Perdana Menteri dijangka mengadakan pertemuan dengan Guo disusuli majlis makan malam yang dihoskan Menteri Keselamatan Awam China itu.

Ini merupakan lawatan kerja kali kedua Ahmad Zahid ke China sejak menyandang jawatan itu pada Julai 2015.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.