Kiriman pada: Mon, Jul 27th, 2015

Tindakan KDN Gantung Permit The Edge Demi Kepentingan Negara Dan Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI AHMAD SHABERY CHEEKKemaman – Peranan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah kerajaan adalah untuk memastikan apa yang terbaik untuk negara dan rakyat keseluruhannya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mengulas mengenai penggantungan permit penerbitan akhbar ‘The Edge Weekly’ dan ‘The Edge Financial Daily’ oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) beliau berkata, setiap tindakan yang diambil mesti ada pihak yang menyokong dan tidak menyokongnya.

“Sekiranya sesuatu perkara itu boleh meragui daripada kesahihannya dan dianggap boleh mengancam ketenteraman dan menimbulkan keresahan kepada rakyat, maka ia perlu dibuat sesuatu untuk menguruskannya supaya ia tidak membawa kerosakan kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka hari raya Gabungan Persatuan Wanita (GPW) Felda Kerteh Enam.

Jumaat lepas, KDN menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan akhbar harian ‘The Edge’ dan ‘The Edge Financial Daily’ untuk tempoh tiga bulan bermula esok (27 Julai).

Antaranya ialah tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitan itu menimbulkan persoalan dan persepsi negatif masyarakat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Menurut Datuk Seri Ahmad Shabery, tindakan yang dibuat oleh KDN itu ialah berasaskan kepada pertimbangan yang sewajarnya dan keputusan agensi berkenaan haruslah dihormati.

“Bagi saya hujah yang diberikan itu adalah sesuatu yang munasabah, isu 1MDB itu masih dalam siasatan dan dalam proses siasatan itu, kita jangan membuat penghakiman sendiri sedangkan siasatan sedang dibuat termasuk melibatkan daripada parti-parti pembangkang,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.