Kiriman pada: Wed, Dec 16th, 2015

Tindakan lebih tegas lori lebih muatan, tonto

Kongsi maklumat ini
Tags

IMG-20140613-WA0006PUTRAJAYA: Tindakan lebih tegas dikenakan terhadap pemilik dan pemandu lori yang membawa lebih muatan serta kegiatan ‘tonto’ yang sering mengganggu tugas penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Melalui kerjasama JPJ dengan agensi penguatkuasaan lain termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pesalah akan berdepan beberapa tindakan serentak, berbanding hanya dikenakan tindakan JPJ sebelum ini. Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk V Valluvan Veloo, berkata kerjasama melalui Operasi Bersepadu Kesejahteraan Rakyat yang pertama kali dilaksanakan dari 8 hingga 12 Disember lalu di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan menunjukkan, strategi itu berjaya. Ini apabila pihaknya mengesan 2,006 lori yang melakukan kesalahan lebih muatan daripada 3,145 lori yang diperiksa.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.