Kiriman pada: Mon, Feb 1st, 2016

Tindakan Segera – Salahlaku Pemandu Bas Ekspres

Kongsi maklumat ini
Tags

hotline-SPADKuala Lumpur – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), melahirkan rasa kesal dengan kejadian seorang pemandu bas ekspres yang telah mengkasari seorang penumpang yang berlaku pada Januari 25, 2016, ketika di dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang.

Kejadian di rakam dan di muat naik ke laman media sosial oleh penguna facebook.

SPAD memandang serius perkara ini dan telah berhubung dengan penumpang terlibat bagi merekodkan kenyataan beliau. SPAD
juga telah menggesa beliau untuk membuat laporan Polis dan susulan itu, satu laporan telah dibuat pada 28 Januari, 2016 di Balai Polis Melaka Tengah.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melahirkan rasa kesal di atas kejadian dan apa yang berlaku ke atas penumpang tersebut.

SPAD juga telah mengarahkan pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kes ini untuk menghadiri temuduga siasatan pada 1 Februari 2016 untuk menjelaskan fakta-fakta dan mengumpul maklumat tambahan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010.

SPAD akan bekerjasama dengan PDRM bagi menguatkuasakan undang-undang jenayah sekiranya pemandu terbabit boleh di sabitkan dengan jenayah kekerasan.

SPAD juga memohon kepada orang ramai yang pernah mengalami pengalaman yang seumpama ini untuk membuat laporan segera kepada SPAD melalui aduan@spad.gov.my atau hubungi hotline ADUAN di 1-800-88-7723 (SPAD) bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya diambil.

Diharapkan mangsa yang terlibat dengan kejadian dapat memberi maklumat yang tepat agar mereka yang tidak bertanggungjawab dapat dikenal pasti dan tindakan dapat diambil dengan segera.

Untuk memastikan tindakan yang diambil itu berkesan, SPAD memerlukan butiran berikut – Nama penuh pengadu, nombor telefon, nombor pendaftaran kenderaan, lokasi, masa dan tarikh kejadian. Bahan bukti tambahan seperti rakaman audio atau video, atau maklumat yang membolehkan SPAD menghubungi saksi-saksi, akan meningkatkan keupayaan penguatkusa SPAD untuk bertindak terhadap pemandu yang terbabit.

SPAD ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pengusaha bas ekspres supaya terus memantau dengan teliti dan mendisiplinkan pemandu sekiranya terdapat salah laku. Ini adalah untuk memastikan mereka sentiasa sopan dan berhemah ketika memberikan perkhidmatan kepada penumpang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.