Kiriman pada: Tue, Jul 21st, 2015

Tindakan SKMM Mampu Hentikan Penyebaran Dakyah Jahat

Kongsi maklumat ini
Tags

khbskljKuala Lumpur – Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat portal Sarawak Report mampu menghalang penyebaran dakyah jahat yang mungkin menjejas kestabilan negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya tindakan sekatan seperti itu tidak seharusnya terhad kepada portal berkenaan tetapi juga patut dikenakan ke atas mana-mana laman sesawang, portal berita, laman blog atau mana-mana sumber media sosial lain termasuk individu.

“Bukan hanya menyekat, tetapi juga mengambil tindakan undang-undang dan mengenakan hukuman berat di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta SKMM,” tambahnya ketika dihubungi.

Semalam, SKMM dalam satu kenyataan berkata ia memutuskan untuk menyekat laman sesawang The Sarawak Report kerana didapati boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.

Katanya tindakan itu dibuat susulan maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai bahawa laman itu telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan masih dalam siasatan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.