Kiriman pada: Fri, Jul 31st, 2015

Tindakan Terhadap Pelaku Edar Dokumen Pertuduhan Palsu

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI DR SALLEH TUN SAIDKuala Lumpur – Tindakan harus diambil terhadap pelaku, yang mengedarkan pertuduhan palsu terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, memandangkan perkara itu telah melampaui politik dan melibatkan keselamatan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak membuat desakan itu berikutan dokumen palsu itu menjadi viral di internet dan media sosial.

Beliau berkata dokumen itu adalah kertas pertuduhan palsu terhadap Perdana Menteri yang peguam negara sebelum ini didakwa sedang menyiapkan pertuduhan tersebut.

“Dokumen ini hanyalah rekaan dan dakwaan semata-mata, satu penipuan bertujuan mencetuskan kekacauan.

“Tindakan seperti ini adalah berbahaya kerana ia bukan sahaja tentang fitnah bertulis atau fitnah tetapi ugutan untuk menimbulkan kekacauan,” katanya dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.com.

Beliau berkata disebabkan implikasi dokumen berkenaan, ia telah menjadi viral dan ramai orang telah bercakap mengenai isu tersebut.

Katanya, Sarawak Report, yang mendedahkan dokumen itu, mendakwa draf kertas pertuduhan itu diberi kepada mereka oleh sumber dalaman dan ia telah mengesahkan kesahihan dokumen itu dengan ‘pihak atasan’ yang lain.

Beliau berkata Sarawak Report telah membayangkan bahawa dokumen itu adalah tulen.

Beliau menggesa agar tindakan diambil untuk memelihara undang-undang dan menjamin rakyat Malaysia bahawa keselamatan mereka tidak diletakkan dalam bahaya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.