Kiriman pada: Fri, Dec 18th, 2015

Tingkat 10 Menara Manjalara Terbakar

Kongsi maklumat ini
Tags

bnxfgKuala Lumpur – Sebuah unit pangsapuri di tingkat 10 Menara Manjalara di Bandar Manjalara, di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Kejadian pada jam 11 malam di unit pangsapuri yang didiami pelajar itu disedari orang awam yang melihat kepulan asap sebelum menghubungi pihak bomba.

Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.14 malam dan mengerahkan enam jentera ke lokasi kejadian.

“Anggota yang tiba 13 minit kemudian mendapati keseluruhan unit pangsapuri terbakar dan api berjaya dipadamkan sekitar jam 12.08 malam.

“Hasil siasatan awal, api dikatakan bermula daripada ruang tamu sebelum merebak keseluruhan premis,” katanya ketika dihubungi.

Samsol Maarif berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan unit bersebelahan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Pihak forensik sudah menjalankan siasatan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.