Kiriman pada: Wed, Aug 12th, 2015

Tingkatkan Ekonomi Fokus Utama Kerajaan

Kongsi maklumat ini
Tags

gfkjgKuala Lumpur – Fokus utama kerajaan pada masa ini adalah untuk memastikan ekonomi negara bertambah baik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak.

“Kita banyak masalah bukan atas dasar kesilapan kita tetapi berpunca dari penurunan harga minyak dunia dan itu memberi kesan kepada ringgit Malaysia, (dan) ia juga berlaku di negara lain,” katanya.

Salleh bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Menyentuh kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perhimpunan jalanan hanya boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, Salleh berpendapat saranan itu dilihat seolah-olah Dr Mahathir tidak mempunyai idea.

Ini kerana sebelum ini Dr Mahathir menulis di blognya bahawa demonstrasi jalanan tidak patut diadakan, katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.