Kiriman pada: Mon, Jan 30th, 2017

Tingkatkan Keharmonian Selaras Dengan Konsep 1 Malaysia

Kongsi maklumat ini
Tags

Setiap tahun negara tidak sunyi dari sambutan pelbagai kaum dan agama, selain perayaan Tahun Baru Cina yang baharu sambut dua hari lepas, Hari Raya Aidil Fitri, Krismas, Depavali, Hari Gawai dan hari Keamatan adalah perayaan yang dapat memupuk keharmonian dan perpaduan kaum.

keunikkan nya adalah terselah kerana diraikan secara bersama oleh rakyat berbilang bangsa dengan semangat sebenar 1 Malaysia, secara jujurnya perayaan ini boleh disifatkan sebagai alat perpaduan, ia perlu diteruskan setiap tahun kerana dapat mengeratkan lagi hubungan baik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sejajar dengan ajaran semua agama yang mengalakkan penganutnya untuk berbuat baik, merendah diri dan menghormati antara satu dengan yang lain, namun pastinya matlamat itu hanya boleh dicapai sekiranya rakyat berusaha mengukuhkan perpaduan dan bersatu memfokuskan usaha dan tenaga untuk kesejahteraan negara.

Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini ada pihak yang terdiri dari anasir luar dan alam yang dilihat tidak senang dengan keharmonian yang dikecapi oleh negara, cuba untuk memecah-belahkan perpaduan kaum melalui pelbagai strategi, paling ketara memuat naik berita, gambar serta video berbau perkauman menerusi laman sosial.

Malah ada diantara bahan tersebut telah diubah ketulinannya dengan suntingan profesional yang boleh mengaburi pandangan orang ramai dengan niat menghasud bagi mengugat ketenteraman awam, kebanyakkannya dikesan berselindung atas nama hak asasi manusia dan demokrasi, atas alasan tidak berpuas hati dengan sesuatu akta atau peraturan yang telah ditetapkan.

Secara umumnya perasaan dan prasangka serta ketidak puasan hati antara pelbagai etenik dalam sesebuah negara bukanlah sesuatu perkara yang asing, di kebanyakkan negara terbukti persengketaan anatara kaum lebih-lebih lagi dalam isu agama telah membawa peperangan yang berlarutan, sekali gus telah membantutkan pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara berkenaan.

Adakah kita sanggup melihat perkara yang sama berlaku di dalam negara ini semata-mata ego dengan pegangan masing-masing, apa pun persoalanya bagaimana kita menangani isu berkenaan secara berhemah agar dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.

Jika dilihat kembali kerajaan sejak dari dahulu lagi telah mengiktiraf sumbangan dan sokongan pelbagai masyarakat di Malaysia, baik dari segi pendidikan atau aktviti harian termasuk usaha memajukan sektor ekonomi dan perdagangan mahupun aspek keselamatan seperti menyambut dan meraikan sesuatu perayaan itu sendiri.

Apa yang penting ialah toleransi dan sikap saling memahami dan menghormati, belajarlah bersyukur dan menfaatkannya.

Berbalik kepada sambutan Tahun Baru Cina, bak kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menerusi mesejnya sempena perayaan itu iamasa yang sesuai untuk rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mengukuhkan hubungan antara mereka.

Ia satu peluang untuk semua bukan sahaja kaum Cina, kesimpulannya perpaduan kaum merupakan elimen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pengukuhan hubungan ektenik antara masyarakat amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

Berpandukan semangat dan prinsipkan Perlembagaan Persekutuan rakyat perlu berusaha meningkatkan keharmonian selaras dengan konsep 1 Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.