Kiriman pada: Fri, Dec 25th, 2015

Tips Tangani Lelaki Kuat Sentap

Kongsi maklumat ini
Tags

frust-menonggengPetua ni sememangnya mujarab untuk digunakan untuk lelaki yang kuat sentap, dan boleh digunakan untuk siapa – siapa sahaja.

Kebiasaannya laki kuat sentap kebiasaanya dikaitkan dengan perempuan. Tapi kalau perempuan buat cenggitu mesti bersebab kan. Lagi buruk kalau lelaki yang kuat sentap sampai tak boleh ditegur. Fuhhh berhari-hari nak mujuk kan. Semuanya sebab cemburu asalnya… Kalau sifat cemburu terlalu menebal den tak dapek nak menolong.. So sape yang kuat cemburu tu minumlah air masak banyak-banyak supaya kadar gula dalam darah tu stabil tak adelah nak jeles selalu kan ( Apa kaitan gula dengan jeles??. ) Oklah tips yang pertama ialah :

#1 . Jangan dipujuk kalau orang merajuk

Kalau aweks kau ataupun pak we kau nie jenis yang kuat jeles @ kuat sentap @ kuat merajuk nie biasanya tak boleh dipujuk.. Biasanya diorang nie ego teramatlah tinggi tahap dewa mahakarya cinta kau… Kalau diorang buat silap pun dia asyik nak menang je.. Kalau macam tu biarkan dia reda dulu kalau diorang mintak maaf maknanya korang dah berjaya buat ego diorang down… ( MASA TU KETAWALAH JAHAT )

#2. Jelaskan satu persatu aktiviti korang dilaman sosial

Ha ini yang sangat parah. Kalaulah pakwe or aweks korang yang jenis stalker 24/7 korang mesti kena jelaskan satu persatu apa yang korang buat kat laman sosial… Sebab ada yang jenis suka tanya bila kau amik gambar dengan lelaki or perempuan…Especially bloggers macam aku.. Tapi setakat nie bloggers yang sudah berumah tangga mesti tak ade masalah dalam hal nie kan.. Lagi teruk ade yang detect kau banyak jantan or betina kat laman sosial…. huuuu kes berat kalau ade tuduhan macam tu kat kau…

#3. Selalu berkomunikasi

Komunikasi itu sangat penting wahai semua… Dengan komunikasi sedikit sebanyak berfungsi dalam merapatkan hubungan katanya.. Jangan ditambah lagi tahap jeles dan kuat merajuk itu ye…

Mungkin itu sahaja tips yang dapat di kongsikan hari ini. Sebab tips utama ini lah yang penting dalam menangani orang yang ada sikap cenggini. Yang penting jangan selalu buat orang sentap. Itupun kalau korang nak bertahan lama dalam hubungan korang. Selamat mencuba.

 

officalmissyana

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.