Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

Titah Sultan Johor Kepada Ketua Agama Bukan Islam

Kongsi maklumat ini
Tags

07hm19a.transformedJohor Baharu – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan semua ketua agama bukan Islam di negeri ini supaya melaksanakan tanggungjawab mereka membantu menyatupadukan rakyat.

Baginda yang menerima kunjungan hormat 16 ketua-ketua agama bukan Islam di Istana Bukit Serene hari ini, bertitah tanggungjawab seseorang ketua agama adalah menyatupadukan rakyat dan memastikan mereka sentiasa hormat-menghormati, meskipun berlainan latar belakang.

“Saya tidak mahu mendengar apa-apa masalah mengenai perkauman di negeri ini. Setiap kaum seperti Cina, India adalah Bangsa Johor. Kita perlu menghormati satu sama lain.

“Jika ada masalah, berjumpalah dengan saya. Saya sentiasa di sini untuk anda (ketua agama),” titah baginda ketika menerima kunjungan hampir sejam rombongan itu di sini.

Terdahulu, rombongan itu yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong turut dipelawa menghadiri majlis santapan tengah hari bersama baginda di istana berkenaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.