Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

TLDM Wilayah Laut Tiga Terima Panglima Baharu

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK MOHAMMAD ROSLAN MOHAMMAD RAMLILangkawi – Markas Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Wilayah Laut Tiga yang berpangkalan menerima Laksamana Pertama Rosli Yoob sebagai panglima baharunya.

Beliau mengambil alih jawatan itu yang sebelum ini dipangku Kapten Roslee Mohammad Isa sejak 9 Mei lepas.

Majlis penyerahan dan penerimaan tugas itu berlangsung di pangkalan TLDM Wilayah Laut Tiga di Bukit Malut di sini yang disaksikan Panglima Armada TLDM Laksamana Madya Datuk Mohammad Roslan Mohammad Ramli.

Bercakap kepada media selepas majlis itu, Rosli berkata sebelum dilantik ke jawatan itu, beliau menyandang jawatan Pegawai Tambahan Tetap Markas Tentera Laut di Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia TLDM.

Berpengalaman selama 40 tahun dalam perkhidmatan TLDM, beliau yakin dengan kebolehannya untuk menggalas tanggungjawab baharunya itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.