Kiriman pada: Sat, Jul 25th, 2015

TM Akan Terus Pupuk Budaya Transformasi, Inovasi

Kongsi maklumat ini
Tags

jkhgvjKuala Lumpur – Telekom Malaysia Bhd (TM) akan terus memupuk budaya transformasi dan inovasi dalam organisasinya.

Peneraju jalur lebar dan syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu utama Malaysia itu berkata, ini bagi memastikan ia kekal sebagai penyedia perkhidmatan komunikasi berpusat nombor satu negara.

Ketua Pegawai Modal Insannya, Datuk Mohd Khalis Abdul Rahim berkata menyedari bahawa potensi dan prestasi kakitangannya sahaja tidak mencukupi bagi kemapanan perniagaan, TM juga melabur dalam penilaian emosi kakitangannya, merangkumi falsafah ‘Work-Life Made Easier’ (Memudahkan Kerja-Kehidupan) bagi meningkatkan produktiviti.

“Kami perlu mempunyai sistem yang kami boleh pupuk ke dalam hati dan jiwa kakitangan kami. Itulah sebabnya mengapa semua ketiga-tiga elemen potensi, prestasi dan emosi kakitangan TM penting bagi memastikan mereka sentiasa memiliki semangat padu dan sukakan kepada syarikat, integriti, etika dan tidak berkompromi dengan isu-isu kualiti,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata transformasi itu bermula pada 2008 apabila penyahgabungan strategik memisahkan operasi mudah alih syarikat daripada perniagaan talian tetapnya apabila TM menjalin perkongsian awam-swasta dengan kerajaan untuk membangunkan dan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kelajuan tinggi.

Ketika ini TM memiliki 28,150 kakitangan, termasuk kakitangan kontrak dan yang dipinjamkan. Ia memenangi pelbagai anugerah sumber manusia sejak 2010 dengan yang terbaharu ialah Anugerah Majikan 1Malaysia 2015 dan Anugerah Kesatuan Sekerja Harmoni 1Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2015.

Mohd Khalis berkata cabaran yang dihadapi syarikat sekarang adalah untuk terus menyediakan saluran yang betul dan bimbingan bagi membantu melengkapkan kakitangan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai untuk memastikan mereka cemerlang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.