Kiriman pada: Wed, Dec 16th, 2015

TM Tidak Rancang Tamatkan Perkhidmatan Streamyx

Kongsi maklumat ini
Tags

hgfjgndKuala Lumpur – Telekom Malaysia Bhd (TM) memberikan penjelasan tentang satu artikel bertajuk “TM said to Terminate Streamyx Services” (TM dikatakan bakal menamatkan perkhidmatan Streamyx) yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian.

“Artikel yang disiarkan hari ini mengelirukan kerana kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menamatkan perkhidmatan Streamyx kami.

“Kami ingin memberi jaminan bahawa Streamyx akan kekal dalam portfolio jalur lebar kami dan TM komited menyediakan kepada orang ramai perkhidmatan jalur lebar yang paling dipercayai,” kata syarikat itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.