Kiriman pada: Sat, Feb 27th, 2016

TMJ, Presiden PSG bertemu di Doha

Kongsi maklumat ini
Tags

johorsaute.transformedKUALA LUMPUR: Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi di Doha, Qatar semalam.

Kunjungan Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, adalah sempena lawatan kerja baginda dalam usaha membantu membangunkan bola sepak Johor.

Pertemuan Tunku Ismail dengan Nasser itu disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Menurut kenyataan berkenaan, pertemuan itu memberi kesan positif buat projek bola sepak Johor.

Ia juga sekali gus bakal membuka pintu dan peluang kerjasama untuk masa depan.

Johor Southern Tigers sebelum ini dilaporkan berkata selain PSG, Tunku Ismail akan turut mengadakan pertemuan dengan tiga presiden kelab gergasi Sepanyol, iaitu Barcelona, Real Madrid dan Valencia bagi tujuan sama.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.