Kiriman pada: Sat, Jul 4th, 2015

TNB Ambil Alih Pegangan 1MDB Dalam Jimah East Power Bernilai RM46.98 Juta

Kongsi maklumat ini
Tags

dhdryKuala Lumpur – Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menandatangani perjajian jual beli saham dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk mengambil alih 70 peratus pegangan dalam Jimah East Power Sdn Bhd (JEP) bernilai RM46.98 juta.

Dalam satu kenyataan, TNB berkata, pemeteraian perjanjian itu dibuat selepas ia menyerahkan surat penerimaan kepada surat tawaran Suruhanjaya Tenaga yang dikeluarkan kepada syarikat utiliti berkenaan pada 29 Jun 2015.

Selepas selesai pembelian itu, katanya, JEP akan menjadi anak syarikat TNB dan menambah kapasiti penjanaan sebanyak 2,000 MW sebaik unit pertama dan kedua loji tenaga JEP mencapai tarikh operasi komersil dijadualkan masing-masing tidak lewat daripada Jun dan Disember 2019.

“Projek itu akan meningkatkan kapasiti penjanaan TNB dan memberi kesan positif kepada pendapatan dan menambah nilai jangka panjang kepada pemegang saham,” katanya.

Menurutnya, projek itu juga dijangka meningkatkan penguasaan pasaran daripada 53.3 peratus sekarang ini kepada 57.7 peratus menjelang 2020.

JEP adalah syarikat bertujuan khas yang ditubuhkan 1MDB dan Mitsui and Co Ltd pada 5 Julai 2013 bagi melaksanakan perjanjian kewangan bagi membangunkan 2 unit 1000 MW loji janakuasa arang batu di Jimah.

1MDB memiliki 70 peratus ekuiti dalam JEP manakala Mitsui, melalui 3B Power Sdn Bhd, memiliki 30 peratus.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.