Kiriman pada: Tue, Dec 22nd, 2015

TNB BELANJA 11.1 JUTA PULIHKAN SISTEM BEKALAN ELEKTRIK DI PAHANG

Kongsi maklumat ini
Tags

PH01_221215_TNBJerantut – 11.1 juta ringgit dibelanjakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memulihkan sistem bekalan elektrik di Pahang yang terjejas akibat banjir besar, hujung tahun lepas.

Projek menaik taraf pencawang yang terjejas, hampir siap sepenuhnya dan TNB memberi jaminan struktur ‘conductor’ yang ditinggikan tapaknya tidak akan ditenggelami air jika banjir berlaku lagi.

Kos tersebut melibatkan kerja membaik pulih 4 pencawang, 13 ‘switchgear’, mengubah lokasi pencawang, memasang 43 barrier pintu dan meninggikan struktur tapak 67 pencawang di negeri ini.

Dalam banjir tahun lepas, 141 pencawang elektrik di Jengka, Lipis, Jerantut, Temerloh, Triang , Pekan dan Kuantan rosak apabila ‘conductor’ tidak berfungsi setelah ditenggelami air.

Hasmarizal ditemui media selepas taklimat Projek Menaik Taraf tiga Pencawang dekat Kampung Orang Asli Paya Petai, Jerantut, Pahang.

Hadir sama, Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Ir. Sharuddin Mohd Simin dan ADUN Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak.

Ketiga-tiga pencawang itu terletak berdekatan Sungai Pahang dan TNB membelanjakan 1.6 juta ringgit untuk membaik pulihnya, sejak awal tahun ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.