Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

Datuk Seri Mohamad Hasan nafi suaranya dalam audio viral

Kongsi maklumat ini
Tags

maxresdefaultSEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan berhubung rakaman suara yang dikatakan dirinya mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, suara individu dalam rakaman yang menjadi viral di media sosial itu bukan suaranya, selain beberapa fakta yang tidak betul.

“Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru, sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad berkata, pihak yang membuat dakwaan itu berniat jahat terhadapnya serta cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakannya dengan pemimpin lain, sama ada di dalam UMNO dan kerajaan. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadapnya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.