Kiriman pada: Sat, Jan 17th, 2015

Tokyo Tawar Bantuan Kecemasan Tambahan Kepada Mangsa Banjir

Kongsi maklumat ini
Tags

Temporary HousingKuala Lumpur – Kerajaan Jepun telah menawarkan bantuan kecemasan tambahan bernilai RM300,000 untuk meringankan kesulitan penduduk yang terjejas banjir.

Kedutaan Jepun di Malaysia, dalam satu kenyataan semalam, berkata Tokyo menawarkan barangan termasuk khemah, selimut dan bantuan kemanusiaan yang lain bagi memenuhi permintaan daripada kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan itu, pada 1 Jan lepas, kerajaan Jepun menyediakan bantuan kecemasan bernilai lebih RM500,000 dalam bentuk barangan seperti penjana, penapis air dan bantuan kemanusiaan lain kepada mangsa banjir.

“Kerajaan Jepun sentiasa bersedia untuk membantu Malaysia dalam apa-apa keadaan tragedi dan berharap bahawa kerajaan dan rakyat Malaysia akan terus menghadapi kesulitan dengan tabah, dan memulihkan kehidupan yang stabil kepada penduduk di kawasan-kawasan tejejas dengan secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.