Kiriman pada: Fri, Aug 14th, 2015

Tony Pua kitar semula dakwaan terhadap 1MDB

Kongsi maklumat ini
Tags

Tony-Pua_Arul-Kanda_1mdb_600KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini berkata ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),Tony Pua, mengitar semula dakwaan terhadap syarikat yang dibelenggu masalah itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda berkata dakwaan yang dibangkitkan oleh Tony, telah pun dijawab oleh 1MDB sejak Januari 2015, melalui 48 kenyataan media yang boleh didapati di laman web 1MDB.

“Di samping itu, Ketua Audit Negara telah membentangkan laporan interim pada awal Julai 2015, yang telah menjawab banyak soalan yang diungkitkan kepada PAC, dan komited untuk mengeluarkan laporan akhir pada akhirnya pada tahun 2015.

“Tony Pua sedar bahawa 1MDB adalah syarikat yang paling disiasat di Malaysia. Kami telah berkongsi dan terus berkongsi, semua maklumat yang berkaitan kepada pihak berkuasa yang sedang menyiasat seperti Ketua Audit Negara, Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, PDRM, SPRM dan PAC. Ini siasatan bebas, teliti dan profesional dan ini adalah forum yang sesuai untuk menentukan kebenaran tentang 1MDB.

“Perbicaraan oleh media tertentu atau oleh ahli-ahli politik pembangkang tertentu, di luar proses dan keperluan undang-undang, tidak akan menguntungkan sesiapa.

“1MDB amat memberi tumpuan kepada pelaksanaan pelan rasionalisasi kami , yang telah dilancarkan walaupun dakwaan-dakwaan dikitar semula oleh YB Tony Pua. Kami komited untuk menstabilkan syarikat, memenuhi obligasi hutang kami dan memberikan projek-projek strategik yang berkepentingan nasional : TRX , Bandar Malaysia dan Edra Energy Berhad ,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Tony berkata, kenyataan Arul dalam satu program temu bual ‘Soal Jawab’ lewat malam Rabu di TV3, bahawa 1MDB ‘adalah seperti sebuah buku terbuka’, benar-benar tidak ikhlas.

Tony berkata, sekiranya kenyataan itu ikhlas, mungkin akan ada penjelasan dan maklumat mengenai 1MDB, tanpa perlu menunggu pendedahan oleh sumber-sumber ketiga seperti Sarawak Report, The Edge atau The Wall Street Journal.
Tony berkata, 1MDB enggan menjawab banyak soalan dengan cara yang mudah dan berterus terang.

Dakwanya, antara soalan yang gagal dijawab oleh Tony adalah, ‘Adakah benar bahawa hutang kumpulan 1MDB telah meningkat daripada RM42 bilion kepada hampir RM50 bilion sehingga kini? dan ‘Adakah ia benar bahawa 1MDB telah memalsukan penyata kewangan yang disediakan kepada bank-bank pembiayaan ?,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.