Kiriman pada: Wed, Jul 8th, 2015

TPM Berbuka Puasa Bersama Media Di Ibu Pejabat Utusan Melayu

Kongsi maklumat ini
Tags

MUHYIDDIN YASSINKuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di ibu pejabat Utusan Melayu Malaysia Bhd.

Beliau yang diiringi isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman disambut Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu Malaysia Bhd Datuk Mohd Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak serta warga kerja akhbar harian itu.

Tan Sri Muhyiddin yang memakai baju Melayu berwarna ungu dan bersampin, sebelum itu meluangkan masa melawat operasi jabatan pengarang syarikat akhbar itu.

Majlis berbuka puasa itu turut disertai sebanyak 80 anak yatim dari rumah anak-anak yatim dan asnaf sekitar Parlimen Bandar Tun Razak.

Tan Sri Muhyiddin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di surau Al-Huda di ibu pejabat Utusan Melayu Malaysia Bhd.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.