Kiriman pada: Sat, Aug 8th, 2015

TPM Kunjungi Yang Dipertua Negeri Sarawak

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDIKuching – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Damak Jaya.

Ketibaan beliau yang diiringi Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg disambut oleh Abdul Taib pagi ini.

Ahmad Zahid dan Abdul Taib kemudiannya mengadakan pertemuan tertutup selama kira-kira sejam.

Menteri Dalam Negeri itu tiba di Sarawak petang Khamis turut menghadiri majlis perjumpaan beliau bersama penjawat awam Sarawak dan sambutan Hari Raya di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, malam tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.