Kiriman pada: Mon, Apr 20th, 2015

TPM Mahu Sibu Jadi Gerbang Utama Tarik Pelabur

Kongsi maklumat ini
Tags

TPM/MSAM/SIBUSibu – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Sibu perlu berubah menjadi pintu gerbang utama untuk menarik pelabur dari luar negara bagi meningkatkan lagi ekonomi negeri dan negara.

Tambah beliau, Sibu yang terletak di wilayah tengah Sarawak diapit lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan dengan aktiviti ekonomi seperti Tunok, Kanowit, Mukah, Samalaju dan Tanjung Manis.

Justeru, tumpuan perlu diberikan ke arah usaha menambah nilai ekonomi setempat menerusi kepelbagaian aktiviti yang mampu menjana keuntungan.

“Oleh itu Sibu perlu mempunyai tenaga mahir dan separuh mahir dalam kuantiti yang ramai bagi menyediakan khidmat secukupnya kepada pelabur dan usaha ini bakal menjana peluang pekerjaan yang lebih besar kepada masyarakat setempat dan sekitar,” katanya merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2015, di Dataran Sibu, di sini, pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. MSAM 2015 diadakan di sini bermula 19 April hingga 27 April ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.