Kiriman pada: Tue, Mar 10th, 2015

TPM Pagi Ini Menziarahi Jenazah Abangnya Di Bakri, Johor

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI MUHYIDDIN YASSINMuar – Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini menziarahi jenazah abangnya Abdul Rahman, 76, yang meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah akibat sakit tua pada pukul 7.45 malam tadi.

Timbalan perdana menteri turut bersama keluarga dan sahabat handai membaca yasin dan solat jenazah yang diimamkan anak saudara mereka Ilham Imam di kediaman Allahyarham di Taman Kenangan Tun Dr Ismail, Bakri.

Muhyiddin tiba bersama Setiausaha Politiknya Datuk Tahir Md Taat dan anggota Dewan Undangan Negeri Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Jamek Kampung Kenangan sebelum ke Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, untuk disemadikan.

Anak ketiga Allahyarham, Hairani, berkata arwah bapanya dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah sejak dua hari lalu kerana batuk dan kelihatan lemah.

Allahyarham juga mengalami masalah buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Allahyarham Abdul Rahman merupakan pesara guru agama di Sekolah Arab Saadiah, Jalan Bakri.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.