Kiriman pada: Fri, Aug 28th, 2015

TPM Tiba Di Kuala Terengganu Untuk Rasmi Tiga Persidangan Perwakilan Bahagian Umno

Kongsi maklumat ini
Tags

jg;jkHulu Terengganu – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kuala Terengganu hari ini untuk merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Akademi Binaan Malaysia di sini.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Mahmud disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan barisan exco kerajaan negeri.

Petang ini, Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, akan merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Marang di dewan Majlis Daerah Marang.

Ini disusuli dengan perasmian persidangan perwakilan UMNO bahagian Kuala Terengganu di Stadium Tertutup Negeri di Kuala Terengganu sebelum beliau berlepas pulang ke ibu negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.