Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

TPP: Beri Faedah, Kesan Positif

Kongsi maklumat ini
Tags

sdjSHAH ALAM – Selepas mendapat pelbagai pandangan, kritikan, sokongan dan sebagainya, perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dilihat hampir menjadi kenyataan di mana rumusan akhirnya membawa banyak faedah dan kesan positif.

Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, perjanjian yang melibatkan 12 buah negara termasuk Malaysia itu turut menyaksikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed dipilih sebagai seorang perunding hebat dan terbaik oleh Ketua Pakar Ekonomi Bank Pembangunan Asia (ADB), Jayant Menon.

“Kesungguhannya amat jelas, malah banyak pengorbanan dilakukan beliau bagi memastikan TPP dapat direalisasikan, malah Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diberi klausa ‘pilih keluar’ yang mana membolehkan Malaysia menarik diri dari TPP tanpa meratifikasikan perjanjian berkenaan di Parlimen.

“Malaysia juga cemerlang memperoleh pengecualian dalam banyak aspek sensitif, termasuk perolehan kerajaan, pembaharuan perusahaan negara atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta perlindungan dalam sesetengah bidang pembaharuan harta intelek sekaligus membuktikan bahawa tiada masalah besar bagi Malaysia menyertai TPP,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Mustapa mengumumkan bahawa Malaysia dijangka menerima limpahan tambahan pelaburan asing bernilai AS$100 bilion (RM400 bilion) menjelang 2027 dengan pelaksanaan TPP dan perangkaan tersebut berdasarkan kajian dijalankan oleh firma perunding Pricewaterhouses Coopers berhubung manfaat TPP kepada Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.