Kiriman pada: Tue, Jan 26th, 2016

TPP: Kalau Setuju, Perlu Pinda 26 Undang-Undang

Kongsi maklumat ini
Tags

sfgkKUALA LUMPUR – Sebanyak 26 pindaan perlu dilakukan ke atas 17 undang-undang negara sekiranya Malaysia memutuskan untuk menyertai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, untuk tujuan itu, negara memerlukan tempoh kira-kira dua tahun sebelum ia dapat diratifikasikan.

“Saya ingin menekankan di sini bahawa pindaan ke atas 17 undang-undang Malaysia adalah untuk memastikan bahawa 26 pindaan ke atas undang-undang kita dikemaskini berdasarkan perkara yang dipersetujui dalam rundingan dan tidak melibatkan Perlembagaan,” katanya ketika menyampaikan usul berkaitan TPP di Dewan Rakyat, hari ini.

Perjanjian mengenai TPP sedang dibahaskan di Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan sebelum pengundian.

Menegaskan dalam hujah sama, Mustapa menekan bahawa pindaan ini tidak menjejaskan dasar-dasar utama negara seperti agenda Bumiputera.

“Sebaliknya, pindaan ini secara amnya adalah bertujuan untuk menggunapakai amalan-amalan terbaik dalam hal berkenaan buruh, alam sekitar serta hakcipta harta intelek,” katanya.

Pindaan undang-undang yang substantif antaranya merangkumi empat pindaan melibatkan penguatkuasaan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Zon Bebas 1990 dan Perintah Kastam No.27 dalam Bab 2 iaitu Bab Barangan.

Dua pindaan lain melibatkan bidang penguatkuasaan di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Zon Bebas 1990 dalam Bab Tempasal (Bab 3).

Sembilan lagi pindaan pula melibatkan bidang paten, hakcipta, cap dagangan, petunjuk geografi dan penguatkuasaan di bawah Akta Tanda Niaga 1976, Peraturan-peraturan Tanda Niaga 1997, Akta Paten 1983, Peraturan-peraturan Paten 1986, Akta Hakcipta 1987, Akta Indikasi Geografikal 2000, Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan Baru 2004, Peraturan-peraturan Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2008, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dalam Bab Harta Intelek.

10 pindaan melibatkan bidang penguatkuasaan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1958, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kerja 1955, Akta Pasport 1966, Akta Standard-standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (pekerjaan) 1966, Ordinan Bueurh Sabah Cap 67 dan 76 dalam Bab Buruh.

Kemudian, satu pindaan berkaitan anti rasuah dan melibatkan bidang penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dalam Bab Ketelusan.

Manakala bagi pindaan yang prosidural pula merangkumi terletak di bawah Bab 15 iaitu Bab Perolehan.

“Pindaan yang prosidural merangkumi bab berikut iaitu semakan semula akan dibuat ke atas peraturan perolehan kerajaan sedia ada yang akan memastikan keseragaman peraturan berkaitan pelaksanaan di bawah Araha Perbendaharaan (T1) dan satu Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan dengan ‘Treasury Instructions’ (1PP).

Negara berkaitan TPP bakal menandatangani perjanjian itu 4 Februari ini di Auckland, New Zealand dengan atau tanpa Malaysia.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.