Kiriman pada: Fri, Jan 22nd, 2016

TPPA- Malaysia Boleh Menarik Diri Jika Tidak Menguntungkan

Kongsi maklumat ini
Tags

image (1)Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) perlu memahami Perjanjian Perkongsian Trans Pasific (TPPA) secara dinamik, sekiranya kepahaman usahawan masih di tahap rendah bagaimana mereka hendak mendapat manfaat ekonomi yang di tawarkan.

Dari segi penerangan yang di anjurkan oleh Kementerian Perdangangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), kita di maklumkan bahawa pasaran terbukan itu memberi banyak manfaat kepada syarikat Malaysia, Ini terutama di dalam meningkatkan nilai ekport di pasaran tradisional.

Menerokai pasaran baru termasuk menyediakan pekerjaan baru TPPA juga memberi manfaat kepada semua PKS untuk kekal berdaya bersaing di pasaran terbuka luar negara.

Apa pun kerajaan mengambil kira keperluan PKS selepas TPPA di laksanakan, menyedari cabaran yang di hadapi PKS pelbagai insentif dan bantuan disediakan bagi meningkatkan keupayaan, termasuk daya saing mereka agar dapat bersaing di pasaran global.

Selain sesi penerangan sebuah buku berkaitan TPPA juga telah di keluarkan bagi menjawab kebimbangan dan salah faham serta tuduhan mengenai TPPA.

Dalam buku berkenaan turut menjelaskan terdapat PKS tempatan telah lama mengambil peluang dari pembukaan pasaran melalui perjanjian perdagangan bebas FTA untuk meluaskan perdagangan ke luar negara.

PKS tempatan itu terdiri dari Old Town White Coffe, Hup Seng, Mummy, Marry Brown, Julie’s, Brahim, Bang Kopi Tiam dan Ramli.

Pada masa ini Malaysia mempunyai 645 ribu PKS dan kira-kira 18% daripada jumlah tersebut telah mengekport dan menyertai rantaian bekalan global.

Ini termasuk bidang eletrikal dan elektronik termasuk LED, pemprosesan makanan dan minuman serta peralatan perubatan.

Umum mengetahui TPPA melbatkan 12 negara yang jumlah gabongan keluaran negara kasar (KDNK) sebanyak 27.5 trillion dollar, 12 negara berkenaan terdiri daripada Amerika Syarikat, Mexico, Peru, Chile, Canada, Vietnam, Jepun, Brunei, Australia, News Zeland, Singapura dan Malaysia.

Sesungguhnya Malaysia membuat keputusan menyertai rundingan TPPA selepas mengambil kira manfaat ekonomi yang di tawarkan, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), TPPA akan di bentang, di bahas dan seterusnya di undi di parlimen pada bulan ini.

Jika di luluskan maka perjanjian akan di metrai pada bulan depan dan sekiranya kerajaan memilih untuk menyertai TPPA dan kemudiaannya merasakan ia tidak menguntungkan, Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat boleh memilih untuk keluar dari perjanjian tersebut.

Yang pasti hasrat kerajaan untuk menandatangani TPPA semakin mendapat sokongan, antaranya Persatuan Pengilang Dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia, ia bersandarkan keyakinan bahawa TPPA dapat memberangsang aktiviti eksport, setakat ini 40% daripada 2 ribu ahli persatuan tersebut telah terlibat dengan aktiviti tersebut.

Secara umumnya TPPA memberi faedah kepada perkembangan ekonomi negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.