Kiriman pada: Sun, Jan 17th, 2016

TPPA – Malaysia Dijangka Terima Pelaburan Tambahan US$100 Billion

Kongsi maklumat ini
Tags

mustapa_mohamed_0103_620_445_100Kuala Lumpur – Malaysia dijangka menerima pelaburan tambahan lebih US$100 bilion (RM440 bilion) menerusi pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjelang 2027, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya unjuran pelaburan masuk itu adalah hasil kajian sebuah firma perunding, PricewaterhouseCoopers, berkenaan manfaat TPPA kepada Malaysia.

“Kita minta PricewaterhouseCoopers buat kajian. Kajian menyatakan pada 2027, pelaburan tambahan mungkin meningkat lebih US$100 bilion dengan adanya TPPA,” katanya pada sidang media selepas sesi Taklimat Manfaat TPPA.

Katanya banyak tohmahan yang dilemparkan kepada TPPA sebelum ini adalah tidak tepat dan tanpa berdasarkan fakta yang benar.

“Sebahagian tohmahan dan kebimbangan mengenai TPPA yang dibuat sebelum teks penuh TPPA dikeluarkan pada 5 Nov tahun lepas adalah berdasarkan ‘xakap-cakap. Tapi selepas keluar teks, banyak pihak yang mula berpuas hati.

“Malangnya beberapa kritikan yang dibuat selepas teks dikeluarkan, tunjukkan mereka tak baca teks. Jangan buat dakwaan berdasarkan emosi. (Dakwa) jual negara, jual kepada US, jual syarikat Malaysia, ini semua emosi,” katanya.

Mustapa berkata soal pelaburan masuk dan keluar dari Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang baharu buat Malaysia kerana negara telah lama bersikap terbuka dalam perkara itu.

” Dulu Malaysia ni (negara) kecil sahaja, tetapi kini pelaburan kita di luar negara RM600 bilion berbanding pelaburan asing yang masuk RM500 bilion (sehingga suku ketiga 2015). Kita ada daya tahan, syarikat Malaysia berjaya di luar negara, kita ada kemampuan. Tetapi yang bercakap (dakwaan) seolah-olah pelaburan asing ini benda baharu, dan kita tidak ada pelaburan di luar negara,” katanya.

Mustapa berkata Malaysia mendapat banyak faedah daripada keterbukaan dalam globalisasi ekonomi tetapi dalam masa yang sama bersedia untuk menangani permasalahan yang mungkin berlaku akibat keterbukaan itu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.