Kiriman pada: Sun, Feb 7th, 2016

TPPA Rahmat Buat Warga FELDA

Kongsi maklumat ini
Tags

isa_samad_jajahRamai yang beranggapan bahawa TPPA ini adalah satu cabang untuk Malaysia menuju kearah di jajah semula melalui penjajahan ekonomi, diantara yang sering di momokkan ialah negara akan menjadi muflis dan terpaksa bergantung kepada kuasa besar seperti Amerika.

Begitu mudahnya rakyat Malaysia di perbodohkan (tidak semua) lihat sahaja contoh seperti kes Tabung Haji yang diwar-warkan sebagai akan bankrap dan muflis tidak lama lagi sahingga tidak mampu membayar dividen kepada pencarum, sahingga ada penyimpan sanggup mengeluarkan segala simpanan semata terpengarauh dengan dakyah pembangkang.

Hakikatnya mereka sendiri yang berputih mata bila, Tabung Haji baru-baru ini mengumumkan pemberian bonus dan dividen yang keseluruhannya berjumlah 8%, nasi telah menjadi bubur telah sahajalah.

Begitulah juga dengan isu TPPA ini yang mana ada pihak mengambil kesemptan ini untuk membodohkan rakyat negara ini dengan momokkan bahawa kerajaan hari ini cuba menjual negara dengan menyertai TPPA.

Perlulah di maklumkan bahawa Malaysia merupakan di antara 12 negara yang telah menandatangani perjanjian ini dan antara negara yang turut terlibat menandatangainya termasuklah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Sebelum perjanjian ini di tanda-tangani, pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri telah pun membawa ke parlimen untuk di bahaskan dan ianya telah diluluskan dengan kiraan 127 menyokong dan 84 membantah dan yang membantah ini pun kita tahu mengapa, kerana mereka adalah parti pembangkang.

Kebaikkan sebenar TPPA ini ialah kita dapat meluaskan perdagangan kita ke peringkat anatarabangsa, kerana negara kita juga memiliki syarikat perdagangan bertaraf dunia dan mereka boleh memperluaskan pasaran mereka di peringkat antarabangsa, kita mengambil contoh FELDA, perjanjian TPPA ini adalah rahmat buat FELDA kerana membolehkan produk FELDA menembusi pasaran global.

Seperti kenyataan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang memaklumkan bahwa perjanjian TPPA ini akan membolehkan FELDA memperluaskan pasaran mereka sahingga ke Amerika Latin, sambil menafikan bahwa akan berlaku penjajahan semula kerana FELDA sendiri memiliki kilang di Amerika Syarikat, adakah ini bermakna kita sudah menjajah Amerika Syarikat.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah perjanjian ini akan membolehkan negara kita memperluaskan pasaran produknya keperingkat antarabangsa tanpa dikenakan sebarang cukai dengan itu kita dapat menawarkan harga yang sangat kompetitif sekaligus meningkatkan peluang dan memudahkan untuk menjual produk negara kita.

Inilah rahmatnya yang orang kita tidak sedar, mungkin kerana termakan momokkan pembangkang, bila FELDA sudah meluaskan pasaran ke Amerika Latin seperti Mexico, Peru dan Chile sudah tentu ia merupakan platfom terbaik untuk meluaskan empire FELDA ke negara-negara berkenaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.