Kiriman pada: Wed, Feb 10th, 2016

TPPA TARIK LEBIH BANYAK MNC KE MALAYSIA

Kongsi maklumat ini
Tags

image (1)Kuala Lumpur – Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik TPPA bakal menarik lebih banyak syarikat multi-nasional MNC untuk menjadikan Malaysia sebagai hab operasi mereka di rantau ini.

Jelas Ketua Perunding TPPA bagi Malaysia, Datuk J.Jayasiri sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan bagi memudahkan operasi MNC di negara ini.

Jelasnya, perjanjian FTA terbaru ini tidak akan menjejaskan perniagaan PKS tempatan sepertimana 13 FTA yang telah ditandatangani sebelum ini.

Datuk Jayasiri menyarankan pengeksport untuk menggunakan peluang yang wujud daripada TPPA memandangkan pasarannya lebih luas dan kadar tarifnya jauh lebih rendah.

Mengenai isu kemasukan buruh secara bebas ke Malaysia setelah TPPA dilaksanakan, beliau berkata ia tidak termaktub dalam mana-mana obligasi atau bab perjanjian itu.

Berbeza dengan pekerja buruh biasa, perjanjian itu memberi kebebasan kepada golongan profesional untuk berkhidmat di negara-negara TPPA sepertimana yang termaktub dalam Bab Buruh.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.