Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

TPPA : WUJUDKAN PELBAGAI DESTINASI EKSPORT UNTUK MALAYSIA

Kongsi maklumat ini
Tags

sdjKuala Lumpur – Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik; TPPA akan mewujudkan kepelbagaian destinasi eksport buat Malaysia.

Ketika ini, 70% pasaran dagangan negara tertumpu di Asia, 12% di Amerika Utara, 11% di Eropah dan 7% lagi di negara-negara lain.

Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali berpendapat, Malaysia perlu menggunakan peluang meluaskan pasaran dagangan ke Amerika Utara dan Selatan menerusi TPPA.

Akses eksport ke pasaran Amerika Syarikat, Mexico, Chile dan Peru dapat mengukuhkan lagi sektor perdagangan negara sekaligus menjadi penampan kepada ekonomi Malaysia, jika Asia mengalami krisis ekonomi.

TPPA katanya juga membuktikan kecanggihan ekonomi Malaysia yang kini setaraf dengan negara-negara maju.

Indeks Kecanggihan Ekonomi Dunia 2013 turut menunjukkan prestasi Malaysia yang memberangsangkan di tangga ke-34 daripada 186 negara.

Sebanyak 221 produk yang dikeluarkan dari Malaysia merupakan produk canggih serta kompleks.

Beliau turut menepis tanggapan yang rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan jika Malaysia menyertai TPPA.

Katanya, apabila pasaran dagangan dibuka dengan lebih luas, lebih banyak produk akan dihasilkan sekaligus mewujudkan pertambahan peluang pekerjaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.