Kiriman pada: Thu, Jul 16th, 2015

Trafik KL awasi 10 kawasan panas

Kongsi maklumat ini
Tags

NSTPKUALA LUMPUR: Semasa perayaan Aidilfitri kali ini, pihak Trafik Kuala Lumpur akan memberi tumpuan kepada 10 kawasan panas yang dikenal pasti sebagai lokasi yang kerap berlaku kemalangan jalan raya. Kawasan itu ialah Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jalan Ampang, Jalan Duta, Jalan Sungai Besi dan Jalan Klang Lama. Menurut Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, jalan-jalan berkenaan sering mencatat angka kemalangan yang tinggi apatah lagi semasa musim perayaan.

“Misalnya dalam Dalam Op Selamat 2014, sebanyak 204 kemalangan direkod dalam 10 kawasan panas ini dengan Jalan Kepong merekod angka kemalangan tertinggi iaitu 98 kes. “Ini diikuti dengan Jalan Cheras (94), MRR2 (93), Jalan Tun Razak (68), Jalan Ipoh (66), Jalan Kuching (63), Jalan Ampang (58), Jalan Duta (57), Jalan Sungai Besi (54) dan Jalan Klang Lama (52),” katanya. Mohd Nadzri berkata, Trafik Kuala Lumpur akan meningkatkan operasi sempena Aidilfitri menerusi Op Selamat. “Selain mengadakan Op Statik Payung, pelbagai operasi lagi akan diadakan seperti Op Waktu Terhad, Op Lumba Haram, Op Pelbagai Kesalahan, Op Had Laju, Op Lampu Merah dan Op Mabuk,” katanya. Beliau berkata, pihaknya juga akan melaksanakan operasi bersepadu di hentian bas ekspres sebelum bas memulakan perjalanan, bagi memastikan pemandu tidak berada di bawah pengaruh dadah ketika membawa penumpang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.